Wednesday, September 29, 2010

"PENDIDIDKAN KERJAYA"

Pendidikan Kerjaya “ sebagai wacana dalam dasar pendidikan Negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu yang berpaksikan kerjaya seharian.

Dalam hal ini pendidikan kerjaya amat penting diberi fokus utama dan disebarkan seberapa banyak maklumat terkini melalui sekolah agar setiap pelajar mendapat input yang jelas dan bermatlamat dalam menentukan hala tuju alam kerjaya mereka.

RASIONAL
* Menyedari bahawa pendidikan kerjaya perlu diberi pendedahan secara meluas kepada pelajar sekolah menengah.
* Penyebaran maklumat kerjaya yang jelas dan tepat dapat membantu seseorang pelajar menentukan hala tuju pendidikan mereka.
* Persaingan hebat di alam kerjaya globalisasi ini menjadi keperluan pelajar memilih sumber pendidikan kerjaya yang bersesuaian

OBJEKTIF
* Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam pendidikan kerjaya yang berkualiti.
* Membentuk ciri-ciri pelajar yang dinamik berasaskan hala tuju kerjaya yang jelas.
* Membina kualiti pelajar cemerlang yang mampu bersaing dan memiliki jati diri yang utuh ke arah pemilihan kerjaya yang tepat.

Thursday, September 23, 2010

WARISAN......


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa Di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
(ulang korus) 
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan